Al-Biruni menulis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA = sinB = sinC a b c
Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.
No comments:
Post a Comment