19 April 2017

OPTIK & ANTROPOLOGI

      Dalam Bidang Optik


Dalam bidang optik, Al-Biruni termasuk saintis yang pertama bersama Ibnu Al-Haitham yang mengkaji dan mempelajari ilmu optik. Dialah yang pertama mendapati bahawa kelajuan cahaya lebih cepat daripada kelajuan bunyi.

 Dalam Bidang Antropologi

Dalam ilmu sosial, Al-Biruni diangkat sebagai antropologi pertama di dunia. Ia menulis secara terperinci berkaitan dengan antropologi manusia, agama, dan budaya di Timur Tengah, Mediterranean, serta Asia Selatan. Dia dipuji sejumlah ilmuwan kerana telah mengembangkan antropologi Islam.

FIZIK & MATEMATIK


Dalam perlindungan Sultan Mas’udi, Al-Biruni telah menyiapkan bukunya yang amat penting tentang ilmu astronomi, matematik, dan geografi: “Al-Qanun fi’Ulumi Al-Haiati Wal-Nujumi”. Dalam buku ini,Al-Biruni membuktikan bahawa bumi bulat, planet dan bintang bulat, baik yang tidak bergerak mahupun yang bergerak kemudian berputar mengelilingi matahari dan bulan berdasarkan garis paksi mengelilingi bumi. Dia menemukan gerakan bumi yang berputar senget, dan gerakan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam satu tahun. Dia mengemukakan konsep kekuatan graviti bumi. Ini merupakan satu bukti bahawa bumi berputar pada paksinya. Dalam “Al-Qanun’, Al-Biruni membuktikan bahawa bintang bergerak mengelilingi paksi bintang. Al-Biruni menciptakan kaedah matematik yang baru untuk menentukan empat arah mata angin, (Utara, Selatan, Timur, Barat) yang memudahkan manusia yang berada di mana juga di muka bumi ini, di darat, mahupun di laut.

      Dalam bidang matematik, al-Biruni memberikan sumbangan yang signifikan bagi kemajuan bidang matematik khususnya dalam bidang teori dan aritmetik, bilangan aritmetik, teori rasional, geometri dan sebagainya. Sumbangan terbesar Al-Biruni adalah kajiannya dalam bidang matematik iaitu konsep besar sudut segitiga 180odan memperkirakan nilai π adalah 3.14 dan nilai 0,68 untuk sin (40 dg).
Dalam pemerhatian Al-biruni dikatakan bahawa benda yang bergerak cepat dapat menyusul benda yang mendahuluinya seperti bulan yang mendahului matahari kerana gerak bulan jauh lebih cepat dari matahari. Sebagai seorang fizik, Al-Biruni memberikan sumbangan penting bagi pengukuran jenis berat (specific gravity) berbagai zat dengan hasil perhitungan yang cermat. Konsep ini sesuai dengan prinsip dasar yang ia yakini bahawa seluruh benda tertarik oleh gaya graviti. 

ASTRONOMI


Pada 1031 M, beliau menghabiskan explopedia astronomi yang sangat panjang berjudul Kitab Al-Qanun Al Mas'udi. Karya Al-Biruni ini memuatkan secara menyeluruh dan terperinci hasil karya tentang astronomi.
Penemuan Al-Biruni dalam bidang astronomi adalah astrolobe, salah satu instrumen untuk mengetahui kedudukan sebuah planet. Dengan menggunakan astrolobe, kedudukan terdekat dan terjauh sebuah planet dan bintang-bintang boleh ditentukan. Al-Biruni juga diiktiraf sebagai astronomi yang mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya. Bumi juga mempunyai graviti atau daya tarik.
Al-Biruni diakui sebagai seorang yang berjaya melakukan pemerhatian astronomi dengan tahap ketepatan dan ketepatan yang luar biasa. Karya al-Battani dalam bidang ini berjudul Mengenai Sains Bintang. Karya ini di Barat diterjemahkan dengan judul De Scientia Stellarum.

Al-Biruni merupakan saintis yang pertama kali membezakan istilah astronomi dengan astrologi. Hal itu dilakukannya pada abad ke-11 M. Al-Biruni juga menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang astrologi. Al-Biruni juga menghasilkan sejumlah sumbangan bagi pembangunan Sains Bumi. Atas peranannya dia dinobatkan sebagai 'Bapak Geodesi'. Dia juga memberi kontroversi signifikan dalam kartografi, geografi, geologi, serta mineralogi.


RUJUKAN



url : https://www.youtube.com/watch?v=XepEkMjpt-A
Source : Youtube videos : Watch BBC documentary of Muslim scientist 





url : https://www.youtube.com/watch?v=ffRQIvFQlJg
Source : Youtube video : Mechanical Astronomical Al-Biruni



💕 Mohd Faizal bin Mat Pesa & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Pengajian Tamadun IslamModul Politeknik Merllimau Melaka, Jun 2013.

💕   Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1998

💕Muhammad Sa’id Mursi, Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, 2007.

💕 Mahmood Zuhdi Bin Abd Majid, Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000.


💕Fadzlullah Hj Shuib, Pemikiran dan Tamadun Islam, Al-Hidayah Publication, 2007.

PENDAHULUAN




Tamadun islam merupakan sebuah tamadun yang telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.
          Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat (s.a.w), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.
              Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.
            Jadi, disepanjang zaman kegemilangan ini, lahirlah ramai muslim yang  telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengagumkan meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.


PENUTUP


Rakaman Interview daripada ahli-ahli kumpulan Humaira 

                   👉 Berdasarkan penelitian yang kami perolehi, jelaslah bahawa sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam mampu dan berjaya memberikan sumbangan besar kepada peradaban dunia. Dunia masa kini berubah dengan pantas kerana perubahan yang dicorakkan oleh penggunaan teknologi. Maka, umat Islam perlu sentiasa memperbaharui dan menggilap kepakaran dan pengetahuan sedia ada bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan. Ia juga sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha para sarjana Islam yang lalu. Masa hadapan dunia Islam, kejayaan dan kegagalannya adalah bergantung kepada umat Islam itu sendiri. Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak pernah berhenti menerokai dan mendalami bidang ilmu, termasuk dalam setiap pengembaraannya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam. Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengetepikan sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta.👈
Wavy Cursor Tail