20 April 2017

BIODATA AL-BIRUNI





·         Nama beliau : Abu Raihan Al-Biruni
·         Maksud albiruni menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Raihan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.


·        

      Nama Penuh : Abu Raihan Muhammad bin Ahmad al-Biruni berasal dari keluarga Tajik
·         Lahir :  Zulhijjah 362H @ 4 September 973M
·         Tempat lahir : Khwarazm ( Uzbekiztan) di Asia Tengah yang  terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi
·         merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahlifizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahliastrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yangbanyak menyumbang kepada bidangmatematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. 




·         
       Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik.
·         Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasangsudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar,mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
·         Pendidikkan :
o   Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. 
o   Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah,pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist )
o   Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan olehputera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah.
o   Mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa,falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya.
o   Salah seorang intelek Kristian Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
®    Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia 
(bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

v  Sebagai ahli astronomi






·         Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut:
®                   Teori alam semesta
§  Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
®                Kalender dan kronologi
§  Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al­Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar
®                Teori geosentrik
§  Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang ter­dahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.





13 comments:

  1. Ilmu yang bermanfaat,harap diteruskan pnyebaran ilmu ini.

    ReplyDelete
  2. Seronok baca pasal Al-Biruni. Teruja untuk explore ilmu baru 👏

    ReplyDelete
  3. satu pencerahan ilmu,menarik terang dan jelas.

    ReplyDelete
  4. MOHON COPY YEW...NK TMPL DLM KLAS

    ReplyDelete
  5. tahu ke guru guru al biruni siapa

    ReplyDelete
  6. sangat bermanfaat untuk saya rujuk sebagai assignment saya :)

    ReplyDelete
  7. Sangat bermanfaat untuk membe saya sbb dia copy and paste aje

    ReplyDelete

Wavy Cursor Tail