20 April 2017

KALENDAR & MATAHARI

Kalendar dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al-Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar. 

Qanun al-Ma’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia juga membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci menganai perbezaan takwiim, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang india, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah. 

 Matahari

Al Biruni turut membuat kajian tentang matahari dan perkara-perkara yang berkaitan berikut :

 Sifat fizikal Matahari

Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagu letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuhm sama juga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. 

 Gerakan tahunan


Al-Biruni mempercayai menganggap matahari mengelilingi bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. 

 Panjang tahun solar (tropika)
Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365. 2426, 265. 2421, 365. 398 dan 365. 248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya denga kiraaan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat. 

Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara matahari dengan bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh Al-Biruni ini hamper sama dengan angka moden iaitu 52. 2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun. 

 Fajar dan senja

Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari menghadap 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini. 

No comments:

Post a Comment

Wavy Cursor Tail