Terdapat beberapa objektif yang kami jadikan sandaran sepanjang kami menjalankan kajian ini.
- Antaranya termasuklah supaya mampu lahirkan rasa penghargaan kepada para ilmuwan Islam dalam kemajuan sains dan teknologi. Penghargaan ini bukan sekadar menyanjungi kehebatan al-Biruni sahaja tetapi kerana kegigihan beliau demi memberi sumbangan besar kepada kemajuan bidang sains dan teknologi.
- Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai sumbangan Muslim kepada kemajuan Sains dan Teknologi dunia. Hal ini penting agar kita dapat menjadikan ilmuwan Islam ini sebagai contoh demi mengangkat martabat Islam ke persada dunia.
- Objektif seterusnya ialah dapat menghayati keindahan kebesaran ciptaan Allah. Kemajuan sains dan teknologi Islam menunjukkan Muslim semakin gigih mengkaji ciptaan Allah. Hal ini seiring dengan apa yang disentuh di dalam buku Islam, Sains dan Teknologi yang menyebut bahawa bidang Sains Islam bukan berpandukan akal semata tetapi menjadikan wahyu sebagai sumber utama dalam memberi sumbangan kepada Islam. Ini berbeza dengan Sains Barat yang menolak segala unsur metafizik dalam sumber kajian mereka.
Alhamdulillah. Input menarik
ReplyDeleteAllahuakbar..hebatnya muslim terdahulu
ReplyDeleteMoga2 kita mndpt manfaat dr sumbgn beliau
Allahuakbar. Semoga kita sama-sama dapat menjadikan kehebatan Muslim dahulu agar lebih berjaya masa hadapan berpandukan Al Quran dan sunnah
ReplyDeleteNice info. At least, kita dapat tahu serba sedikit tentang sumbangan besar yang beliau telah berikan. Tak de la hidup kita ini bagai kan katak dibawah tempurung yang hanya menjadi insan berfikiran kosong. Dengan pengetahuan sebegini, kita boleh jadi kan beliau as a role model untuk mencapai sesuatu matlamat yang luar biasa. Amin
ReplyDelete