Dalam perlindungan Sultan Mas’udi, Al-Biruni telah menyiapkan bukunya yang amat penting tentang ilmu astronomi, matematik, dan geografi: “Al-Qanun fi’Ulumi Al-Haiati Wal-Nujumi”. Dalam buku ini,Al-Biruni membuktikan bahawa bumi bulat, planet dan bintang bulat, baik yang tidak bergerak mahupun yang bergerak kemudian berputar mengelilingi matahari dan bulan berdasarkan garis paksi mengelilingi bumi. Dia menemukan gerakan bumi yang berputar senget, dan gerakan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam satu tahun. Dia mengemukakan konsep kekuatan graviti bumi. Ini merupakan satu bukti bahawa bumi berputar pada paksinya. Dalam “Al-Qanun’, Al-Biruni membuktikan bahawa bintang bergerak mengelilingi paksi bintang. Al-Biruni menciptakan kaedah matematik yang baru untuk menentukan empat arah mata angin, (Utara, Selatan, Timur, Barat) yang memudahkan manusia yang berada di mana juga di muka bumi ini, di darat, mahupun di laut.
Dalam bidang matematik, al-Biruni memberikan sumbangan yang signifikan bagi kemajuan bidang matematik khususnya dalam bidang teori dan aritmetik, bilangan aritmetik, teori rasional, geometri dan sebagainya. Sumbangan terbesar Al-Biruni adalah kajiannya dalam bidang matematik iaitu konsep besar sudut segitiga 180odan memperkirakan nilai π adalah 3.14 dan nilai 0,68 untuk sin (40 dg).
Dalam pemerhatian Al-biruni dikatakan bahawa benda yang bergerak cepat dapat menyusul benda yang mendahuluinya seperti bulan yang mendahului matahari kerana gerak bulan jauh lebih cepat dari matahari. Sebagai seorang fizik, Al-Biruni memberikan sumbangan penting bagi pengukuran jenis berat (specific gravity) berbagai zat dengan hasil perhitungan yang cermat. Konsep ini sesuai dengan prinsip dasar yang ia yakini bahawa seluruh benda tertarik oleh gaya graviti.
No comments:
Post a Comment